Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis rai ulang tahun Masjid Kg Pulaie ke-38

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Pulaie mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-38 di masjid berkenaan, petang tadi.
     
    Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
     
    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat majlis.
     
    Acara diserikan dengan khatam Al-Quran daripada 113  AJK takmir, jemaah dan Kumpulan Muslimah Masjid Kampung Pulaie.
     
    Doa Selamat dan kesyukuran turut dibacakan oleh Awang Mohd Zakaria bin Haji Mohd Salleh selaku Pengerusi AJK Takmir Masjid Kampung Pulaie. Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada 12 mantan imam, bilal dan marbut yang pernah bertugas di masjid tersebut.
     
    Masjid Kampung Pulaie yang mula ditubuhkan pada 17 Januari 1987 dan dirasmikan oleh mantan Menteri Pembangunan, Pengiran Dato Seri Laila Jasa Pengiran Ismail bin Pengiran Haji Damit, sudah genap usia 38 tahun.
     
    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) selaku Penaung AJK Takmir Masjid Kampung Pulaie, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama yang juga Penaung AJK Takmir Masjid Kampung Pulaie, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim serta para pegawai kanan yang lain.
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir selaku tetamu kehormat.- GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan.- GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda