Oleh Ak Zaki Kasharan – BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Republik Persekutuan Jerman dan Negara Brunei Darussalam menikmati hubungan yang sangat baik sejak beberapa dekad lalu. Kedua-dua buah negara merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai antara satu sama lain dengan berkongsi pandangan terhadap pelbagai bidang pemerintahan termasuklah multilateralisme dan kepentingan perdagangan bebas, antara lainnya.