Thursday, July 4, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Majlis raikan pelajar, guru cemerlang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 02 JULAI – Seramai 124 orang pelajar cemerlang dan 49 orang guru menerima sijil penghargaan masing-masing di Majlis Penghargaan Pelajar-Pelajar dan Guru-Guru Cemerlang yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong pagi tadi.

    Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

    Majlis tersebut diadakan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dan membanggakan dalam peperiksaan awam yang telah diduduki pada tahun 2023.

    Majlis juga diadakan sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sebagai pengiktirafan dan penyerahan insentif kepada pelajar-pelajar yang diraikan atas kecemerlangan yang dicapai, di samping sebagai motivasi kepada pelajar-pelajar lain supaya akan terus mempertingkatkan usaha dan pencapaian akademik mereka dari semasa ke semasa.

    Antara pelajar yang menerima anugerah pada majlis itu. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut dalam Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...