Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Pertemuan bekas murid dan guru Sekolah Rendah (SR) Dato Godam tahun 1983 hingga 1987 pada Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah memberikan kenangan berharga buat bekas murid dan guru sekolah berkenaan.
Majlis pertemuan yang diteruskan de-ngan Sambutan Hari Raya itu berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun di Gadong, kelmarin di mana pertemuan berkenaan akan mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin lebih 30 tahun.
Ini merupakan pertemuan kedua selepas pertemuan yang pertama kali diadakan pada 30 April di Mangrove Paradise Resort.
