BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Lebih 50 mantan penuntut Sekolah Tinggi Raja Isteri (STPRI) termasuk guru-guru dan mantan-mantan pengetua dipertemukan dalam Majlis Reunion Jejak Kasih STPRI 2024 yang diadakan di salah sebuah restoran di Kampung Telanai, baru-baru ini.
Majlis tersebut merupakan kali kali kedua sejak ia diadakan pada 2016. Pada kali ini ahli jawatankuasa sepakat untuk menjemput guru-guru bersempena sambutan Hari Guru untuk mengenang jasa guru-guru yang pernah mengajar mereka.
Mereka yang hadir adalah terdiri daripada mantan-mantan penuntut dari tahun 1983 hingga 1988 yang sudah setentunya sekarang sudah berumur dalam lingkungan 40an dan 50an.
Menerusi majlis tersebut dapat mengimbau kembali kenangan silam di samping bertukar-tukar cerita bersama rakan-rakan dan guru-guru yang pernah mengajar mereka semasa menuntut di STPRI dalam tahun berkenaan. Ia juga adalah momen yang sangat berharga bagi mereka yang setentunya tidak akan dilupakan.