Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Sebuah syarikat keselamatan tempatan, A.H.O.Global Security tidak ketinggalan dalam meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan Majlis RumahTerbuka.
Majlis diadakan di kediaman Ketua Pegawai Eksekutif A.H.O.Global Security, Awang Abdul Hamid bin Othman di Kejiranan Al Barakah 50, Jalan Kamangsi Timur, RPN Meragang.
Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang kakitangan bersama keluarga mereka itu adalah sebagai wadah bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan agar menerapkan perhubungan dalam ukhuwah dan saling bekerjasama dalam sama-sama menjaga tugas dan amanah sebagai ahli pasukan keselamatan yang berwibawa dan dalam perhubungan yang baik serta mesra.