Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis sambut 28 pelajar baharu UTB-MIC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Seramai 28 pelajar pengambilan keempat Program Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran UTB-MIC yang memulakan pengajian pada 22 Julai lalu telah dialu-alukan dalam satu majlis makan tengah hari di Tarindak D’Seni, di ibu negara.

    Majlis tersebut dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi MIC, termasuk pengarah urusan, pengarah eksekutif dan pengurus besar, serta dekan dan pensyarah dari Sekolah Pengkomputeran dan Informatik (SCI) Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan pensyarah dari MIC.

    Majlis itu bertujuan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pelajar baharu, ahli fakulti, dan pengurusan atasan, serta menyokong perkembangan akademik dan profesional pelajar.

    Kerjasama antara MIC dan UTB terus diperkukuh untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dan melahirkan profesional mahir dalam sektor pengkomputeran dan teknologi maklumat.

    Program tersebut membolehkan pelajar yang layak diterima masuk ke tahun kedua di UTB, meneruskan program ijazah pengkomputeran pilihan mereka, termasuk Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengkomputeran (Kepakaran Keselamatan Rangkaian) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengkomputeran (Kepakaran Multimedia).

    MIC juga menggalakkan pelajar yang tidak memenuhi syarat kemasukan UTB untuk memohon di MIC.

    Pihak pengurusan tertinggi MIC serta dekan dan pensyarah UTB dan MIC bergambar ramai bersama 28 pelajar pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN MIC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda