Thursday, December 26, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis serah tugas Cawangan Operasi ‘D’

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan Operasi ‘D’ kini mempunyai pegawai pemerintah baru setelah majlis penyerahan tugas yang berlangsung di Balai Bomba Laut, Sungai Lampai, di sini, kelmarin.

    Pada majlis itu, Penguasa Kanan Awang Nohi Irwan Sukarki bin Haji Pawi telah menyerahkan tugas kepada pegawai pemerintah baru, Penguasa Kanan Awang Abdul Hadi Zulfadli bin Haji Yahya.

    Majlis yang dihadiri kira-kira 30 orang pegawai dan anggota Bomba cawangan Operasi ‘D’ itu juga diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada mantan pegawai pemerintah daripada pegawai dan anggota Bomba Cawangan Operasi ‘D’ sebagai tanda kenang-kenangan.

    Acara itu diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh ABKS 402 Awang Mohd Izuan Marali dan diikuti dengan bersalaman dengan pegawai-pegawai dan seterusnya sesi bergambar ramai.

    Majlis penandatangan penyerahan tugas kepada Penguasa Kanan Awang Abdul Hadi Zulfadli.
    Majlis penandatangan penyerahan tugas kepada Penguasa Kanan Awang Abdul Hadi Zulfadli.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda