Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis serah tugas pemerintah TDDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan secara rasmi mengambil alih tugas sebagai pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan majlis serah tugas yang diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison, kelmarin.

    Pada majlis itu, Mantan Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Haji Lampoh menyerahkan tugas kepada Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah timbalan peme- rintah TDDB, pemangku komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, sarjan mejar dan anggota TDDB.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada mantan pemerintah TDDB.

    Acara diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB serta penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB antara Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed dengan Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi, yang melambangkan penyerahan tugas sebagai pemerintah TDDB secara rasmi.

    Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi turut menyampaikan ucapan selaku pemerintah TDDB yang baharu dan pemerintah TDDB ke-11.

    Majlis kemudian diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison dan penyampaian cenderahati kepada Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed dan penandatanganan lembaran kenangan.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup yang dipimpin oleh pegawai dari Jabatan Agama ABDB (JAMAAT), Leftenan Mohammad Farid bin Mohammad Raffi.

    Upacara penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas antara Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed dengan Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda