Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis silaturahim semarak Lebaran

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Hari Raya Aidilfitri terus disambut meriah dengan majlis rumah terbuka bersama sahabat-handai dan rakan-rakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

    Hengyi Industries juga tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan Majlis Silaturahim Hengyi Industries Sdn Bhd yang berlangsung di Dewan Munawwarah, Setia Point, hari ini.

    Hadir untuk mengalu-alukan kehadiran para jemputan dan tetamu ke majlis sambutan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries, Chen Lian Cai bersama pihak pengurusan kanan serta pegawai-pegawai syarikat.

    Majlis itu dihadiri oleh para jemputan yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil-wakil kementerian dan jabatan kerajaan serta para jemputan khas.

    Antara yang menghadiri majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; dan Duta Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo.

    Acara itu memberikan peluang kepada Hengyi Industries untuk sama-sama meraikan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan rakan-rakan kongsi perniagaan, pihak-pihak yang berkepentingan, klien, rakan-rakan sejawatan dan sahabat-handai untuk mengukuhkan lagi hubungan yang erat dalam kalangan ahli-ahli masyarakat, selain menikmati pelbagai hidangan juadah masakan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai semasa Majlis Silaturahim Hengyi Industries baru-baru ini. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan TYT Xiao Jianguo hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda