Sunday, March 30, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis sungkai bersama anak yatim Kampung Pandan B

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 26 MAC – Persatuan Telugu mengadakan kempen sumbangan Hari Raya pertamanya untuk 21 anak yatim dari seluruh Kampung Pandan B di sebuah restoran baru-baru ini.

    Majlis dimulakan dengan Doa Selamat yang diketuai oleh Ketua Kampung Pandan B, Awang Muhammad Rawiyani bin Morney, diikuti dengan penyampaian sumbangan berupa wang tunai kepada penerima.

    Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Awang Muhammad Rawiyani, diiringi oleh presiden persatuan, Ramana Rao dan ahli Jawatankuasa Eksekutif, Somu Naidu dan Sheik Rashid.

    Seterusnya, anak-anak yatim bersama penjaga mereka disajikan dengan makanan ala bufet semasa berbuka puasa.

    Anak-anak yatim yang terlibat bergambar ramai bersama ahli-ahli Persatuan Telugu dan tetamu jemputan yang lain. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN TELUGU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda