Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tadarus JPM labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Dalam merebut ganjaran pahala dan keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sempena penutup Majlis Tadarus Al-Quran di bulan Ramadan bagi JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, hari ini.

    Hadir selaku ketua rombongan ialah Pemangku Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu.

    Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan wakaf untuk masjid berkenaan oleh Dato Seri Paduka Haji Sufian.

    Acara diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Pemangku Menteri di JPM, diikuti bacaan takhtim, Doa Khatam, Doa Tahlil, dikir dan Doa Selamat. Seterusnya, acara disusuli sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Majlis khatam yang dipengerusikan oleh Jabatan Tenaga dengan kerjasama Jabatan Biro Mencegah Rasuah itu merupakan salah satu aktiviti keagamaan dan kebajikan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Turut hadir ialah timbalan menteri, timbalan setiausaha tetap di JPM, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Dato Seri Paduka Haji Sufian menyampaikan sumbangan wakaf untuk Masjid Ash-Shaliheen. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH : Antara yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda