Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tadarus JPM labuh tirai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Majlis tadarus anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-jabatan di bawahnya sempena bulan Ramadan bagi Tahun 1446H/2025M, telah labuh tirai di Masjid Ash-Shaliheen, hari ini.

    Majlis tadarus ini diungkayahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Ash-Shaliheen.

    Hadir selaku tetamu-tetamu khas di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta kakitangan JPM dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa dua set mikrofon bagi kegunaan masjid oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan tadarus Al-Quran yang dimulakan oleh tetamu khas majlis.

    Majlis turut diberkati dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat, disusuli dengan berbuka puasa serta solat Fardu Maghrib berjemaah.

    Majlis-majlis keagamaan seumpama ini pada bulan Ramadan adalah salah satu daripada aktiviti tahunan JPM bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah SWT.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew hadir selaku tetamu-temu khas pada majlis yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JPM
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi menyerahkan sumbangan wakaf kepada Haji Mohammad Izzat Izzuddin. – GAMBAR SERAHAN JPM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda