Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi diteruskan lagi semalam di Surau, Istana Nurul Iman, di sini.
Hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan
Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.
Atur cara dimulakan dengan sembahyang Fardu Isyak dan Sunat Tarawih berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim.
Majlis disusuli dengan bacaan tadarus Al-Quran, dan diakhiri bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Juga hadir pada majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan JPM.



