Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Bagi meraih ganjaran pahala berlipat ganda, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta jabatan-jabatan di bawahnya juga mengadakan Program Bertadarus Al-Quran bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan di Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait, kelmarin.
Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin.
Seterusnya, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir didahului oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.
Majlis disusuli dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar.
Acara diteruskan dengan berbuka puasa dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.
Turut hadir, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin, pengarah-pengarah bahagian dan jabatan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya dan para jemaah Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait.
Sementara itu, rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga meneruskan majlis tadarus pada petang kelmarin di Masjid Kampung Telisai, Daerah Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji lbrahim.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Danau, Daerah Tutong, Awang Abdul Hadi bin Haji Abdul Rahman.
Acara diteruskan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah oleh Bilal Masjid Kampung Telisai, Daerah Tutong, Awang Hazwan Hamizan bin Haji Haminuddin.
Manakala Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Telisai, Daerah Tutong, Awang Saipol bin Ismail.
Turut hadir, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), KHEU, Awang Misle bin Haji Abd Karim dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) KHEU, Haji Shamsol bin Haji Omar.
Manakala Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Ugama (JKPPSU) Kawasan Brunei 2 A telah mengadakan Majlis Penutup Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan bagi Guru-guru Agama Kawasan Brunei Il A di Dewan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil, hari ni.
Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Ketua Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengajian lslam (JPI), Hajah Noor Rasidah binti Haji Sharbini, yang juga memulakan acara dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah AI-Fatihah.
Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim dipimpin oleh Awang Mohd Faris Zayani bin Mohd Firdausil Amin, disusuli bacaan Tahlil dan Doa yang dipimpin oleh Awang Md Ayyub bin Haji Md Salleh.
Sementara itu, Doa Khatam dibacakan oleh tenaga pengajar, Awang Ahmad Hazazi bin Haji Mohammad Jamil. Majlis juga diserikan dengan Dikir Ashraqal sebelum diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.