Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil di tanah perkuburan kukuhkan silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Bagi mengukuhkan hubungan silaturahim sesama penduduk, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong A dan B baru-baru ini mengadakan majlis bertahlil di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Limau, Kampung Jerudong.

    Majlis berkenaan dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang.

    Ia merupakan aktiviti tahunan MPK berkenaan pada bulan Ramadan dan disedekahkan pahalanya kepada ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

    Aktiviti keagamaan itu juga akan diadakan pada 14 April ini di Tanah Perkuburan Pulau Muda Mejawa, Jerudong.

    MPK Jerudong A dan B mengadakan bacaan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Limau, Kampung Jerudong.
    Majlis bertahlil di Tanah perkuburan Sungai Limau, Kampung Jerudong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda