Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Tahlil ingati sasterawan Haji Abdul Hamid

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan ASTERAWANI Brunei Darussalam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei Darussalam dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahil khusus bagi Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Tamat yang dikenali dengan nama pena Salmi Mesra, A.N. Nubah, Roestam Noor, Salmimas dan Salmaya Mesra.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji
    Mohamad.

    Turut hadir ialah Ketua I ASTERAWANI Brunei Darussalam, Profesor Dr Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, setiausaha-setiausaha tetap di KKBS, penulis tanah air termasuk penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara, ahli-ahli ASTERAWANI Brunei Darussalam, ahli keluarga Allahyarham serta pegawai dan kakitangan DBP.

    Hadir sama secara maya ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.
    Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan belasungkawa daripada ahli-ahli ASTERAWANI Brunei Darussalam kepada balu Allahyarham yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Sepanjang hayatnya, Allahyarham dianugerahkan beberapa bintang kebesaran dan pingat kehormatan antaranya Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat, Pingat Kerja Lama dan Pingat Jubli Perak.

    Beliau juga pernah menabur bakti dengan berkhidmat sebagai guru agama, sebagai Penolong Setiausaha Badan Penerangan Ugama Islam dan pernah menjadi pengarang di Jabatan Hal Ehwal Ugama.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan belasungkawa daripada ahli-ahli ASTERAWANI Brunei Darussalam kepada balu Allahyarham.
    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta tetamu khas yang lain pada majlis itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda