Thursday, February 27, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil kukuh hubungan kekeluargaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah Sekampung bertempat di kediaman Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) selaku Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, baru-baru ini.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan sebelum menjelangnya bulan suci Ramadan.

    Antara yang hadir di majlis berkenaan ialah Ahli MMN dan Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan dan Penasihat MPK Subok, Awang Naim bin Haji Kamis.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Ketua Biro Keugamaan, MPK Subok, Awang Mohamad Norazlee Roslee.

    Suasana penuh khusyuk menyelubungi majlis ketika para hadirin bersama-sama berdoa, memohon keampunan dan kesejahteraan mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

    Majlis tersebut bukan sahaja sebagai satu acara keagamaan, tetapi juga mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan serta semangat perpaduan dalam kalangan penduduk kampung dan sekitarnya.

    Atas & Bawah: Antara yang hadir ke majlis berkenaan. 
    – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MPK SUBOK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda