Monday, July 14, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil rai sambutan penubuhan alumni askar

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Sekumpulan bekas pegawai dari pengambilan ke-23 Askar Melayu Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Restoran Resort Mangrove Paradise di Kota Batu, kelmarin.

    Acara adalah sempena ulang tahun ke-50 penubuhan rejimen tersebut, selain menjalin hubungan silaturahim semula serta mengimbau kenangan semasa latihan suatu ketika dahulu.

    Pada majlis itu, bacaan tahlil dan Doa Selamat dipimpin oleh Leftenan Kolonel (B) Haji Ismain bin Serbin yang turut dihadiri Komander Platun Pengambilan ke-23, Leftenan Kolonel (B) Haji Abdul Aziz bin Abdullah.

    Alumni pernah menjalani latihan sebagai pegawai kadet di Kem Bolkiah pada 23 Januari sehingga 23 Jun 1971 dan selepas tamat pengajian, mereka meneruskan latihan ke United Kingdom dan Australia.

    Sebahagian daripada alumni pengambilan ke-23 Askar Melayu Diraja Brunei yang menghadiri majlis itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda