Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil sempena Hari Perkhidmatan Awam

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT- Sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) kali ke-31, Jabatan Perdana Menteri (JPM) petang tadi mengadakan majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

    Hadir ke majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA kali ke-31 tahun ini, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Majlis berkenaan adalah khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji `Abdul Azim.

    Mengetuai bacaan Tahlil di majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Tanah Jambu, Awang Mohd Saifullah bin Rosli.

    Turut hadir ialah Pemangku Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu; Timbalan Menteri di JPM (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam), Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan Timbalan Menteri di JPM (Tenaga) selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA ke-31 Tahun 2024, Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohamad Hanifah.

    Juga hadir setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menyertai majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke-31, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda