Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Sempena ulang tahun ke-50 penubuhan perkhidmatan televisyen Brunei, Radio Televisyen Brunei (RTB) menganjurkan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil yang berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, petang tadi.
Majlis keagamaan berkenaan diadakan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan JPM dan RTB.
