Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil sempena penubuhan DPPMB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Sempena penubuhannya yang ke-50, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, kelmarin.

    Antara yang hadir ialah Yang Di-Pertua DPPMB, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid@Sabli bin Haji Arshad, ahli-ahli jawatankuasa tadbir, keluarga dan anak buah syarikat ahli DPPMB.
    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum bacaan Surah Yasin beramai-ramai.

    Majlis ini diungkayahkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama DPPMB sebagai salah satu kegiatan bercorak keagamaan sempena sambutan penubuhan dewan perniagaan berkenaan.

    Warga DPPMB semasa mengadakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja bersempena penubuhannya yang ke-50.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda