Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tamat pengajian ISB rai pelajar Tahun 6

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), baru-baru ini, telah mengadakan majlis tamat pengajian bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang disiarkan secara langsung untuk ibu bapa dan keluarga menerusi akaun YouTube Sekolah Rendah ISB,
    Lebih 950 orang menyaksikan siaran langsung berkenaan yang pertama kali diadakan oleh sekolah itu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan ISB, majlis berlangsung di dewan sekolah dengan hanya dihadiri oleh pelajar-pelajar Tahun 6 dan guru-guru kelas mereka. Turut hadir ialah kumpulan pelajar Tahun 6 dari ISB Seria.

    Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Sekolah Rendah ISB, Michael Everett yang mengiktiraf kerja keras para pelajar sepanjang persekolahan peringkat rendah mereka.

    Kenyataan menyatakan, majlis diadakan dengan mematuhi semua garis panduan dan prosedur kesihatan dan keselamatan serta memastikan bahawa semua langkah-langkah penjarakan sosial dipatuhi.

    Semasa siaran langsung berkenaan, para penonton menyaksikan mesej-mesej daripada setiap pelajar Tahun 6 yang diraikan mengenai apa yang mereka suka menjadi pelajar di Sekolah Rendah ISB dan apa yang akan paling dirindukan apabila mereka beralih ke sekolah menengah.

    ATAS & BAWAH: Pelajar-pelajar menerima sijil masing-masing dalam majlis tamat pengajian bagi pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube sekolah. – Gambar serahan Sekolah Antarabangsa Brunei

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda