SEOUL, 4 DIS – Majoriti penduduk Amerika menganggap Korea Utara sebagai musuh, meletakkan negara komunis itu di senarai paling atas dari segi persepsi musuh, menurut tinjauan yang dijalankan baru-baru ini.
Agensi berita Yonhap melaporkan daripada 1,500 responden, 56 peratus daripadanya menyifatkan Korea Utara sebagai musuh Amerika Syarikat (AS), berbanding 51 peratus pada Ogos.
Tinjauan dibuat yang dibuat pada bulan lalu itu dilakukan oleh sekumpulan penyelidik berpangkalan di London YouGov dan majalah Economist. – Bernama