Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majoriti rakyat AS tidak setuju dasar Biden mengenai konflik Gaza

    WASHINGTON, 4 MAC – Sebanyak 60 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bersetuju dengan cara Presiden AS Joe Biden mengendalikan konflik antara Israel-Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Sputnik.

    Tinjauan oleh The Wall Street Journal pada Ahad mendedahkan sebanyak 42 peratus daripada responden percaya Israel agak keterlaluan dalam tindakannya memerangi kumpulan Palestin di wilayah terkepung itu.

    Selain itu, sebanyak 19 peratus daripada responden percaya tindakan Israel di Gaza tidak memadai  manakala 24 peratus lagi percaya tindak balas Israel adalah betul.

    Tinjauan itu juga mendedahkan simpati dalam kalangan penduduk AS terhadap rakyat Palestin semakin meningkat kerana 33 peratus responden percaya Amerika Syarikat tidak melakukan cukup usaha untuk membantu mereka.

    Pada masa sama 30 peratus rakyat Amerika berpendapat bahawa AS memberikan terlalu banyak bantuan kepada Israel.

    Tinjauan itu dijalankan dari 21 hingga 28 Feb melibatkan seramai 1,500 responden. – Bernama

    Orang ramai yang menyokong Palestin, mengambil bahagian dalam ‘March for Gaza’ di Washington, DC, pada 2 Mac 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...