PARIS, 29 DIS – Sukan Olimpik yang dijadualkan semula akan menjadi tumpuan untuk tahun sukan 2021 tatkala pentadbir sukan yang mana jadual perlawanan mereka terjejas oleh pandemik koronavirus cuba mengisi ruang walaupun ketika berlaku gelombang kedua.
Sementara Sukan Olimpik akan tetap digelar sebagai Olimpik 2020, jadualnya telah berubah akibat COVID-19.
Penganjur Tokyo dan kerajaan Jepun bergelut dengan kos yang meningkat dan walaupun terdapat kemungkinan akan menjalankan vaksinasi, sama ada untuk membenarkan pelawat asing dan menjaga keselamatan serta sekatan akan dikenakan kepada penonton dan peserta.
Pada penghujung Disember, penganjur berkata Sukan Olimpik yang tertunda akan menelan kos tambahan sekurang-kurangnya AS$2.4 bilion dan langkah kesihatan pandemik menelan belanja melebihi AS$13 bilion.
Perasaan teruja dilihat semakin berkurangan di Jepun. Satu undian pada Julai menunjukkan hanya seorang daripada empat yang mahu menyaksikan Sukan Olimpik diadakan pada 2021 – dan sebilangan besar menyokong agar ia ditangguhkan sekali lagi. – AFP
