Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makam Pele dipamerkan di Brazil

    SANTOS, BRAZIL, 16 MEI – Ia adalah tempat persemadian terakhir yang sesuai untuk ‘Raja Bola Sepak’, enam bulan selepas kematian seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Brazil membuka makam legenda tersebut kepada orang ramai kelmarin.

    Pele, yang meninggal dunia pada 29 Disember pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser, telah dikebumikan di Perkuburan Memorial Ekumenikal di Santos, Brazil. Ia adalah sebuah makam bertingkat 14 tingkat yang memegang rekod dunia Guinness sebagai tanah perkuburan tertinggi di dunia.

    Peminat disambut oleh dua patung emas bersaiz sebenar pemain itu yang digelar ‘O Rei’ yang bermaksud raja, yang jenazahnya terletak di dalam peti besi besar diperbuat daripada emas yang dipamerkan di tengah-tengah bilik berkarpet di hiasi rumput tiruan seluas 200 meter persegi.

    “Ia melebihi jangkaan saya. Ia adalah tempat yang benar-benar cantik,” kata Ronaldo Rodrigues, 44, ahli perniagaan yang mula-mula beratur menziarahi makam itu bersama isterinya.

    “Saya harap ramai pelancong akan datang melawat dan mengetahui serba sedikit tentang kisah Pele, apa yang diwakilinya untuk Santos, Brazil dan seluruh dunia.”

    Dilahirkan sebagai Edson Arantes do Nascimento, Pele ialah satu-satunya pemain dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia (1958, 1962 dan 1970).

    Dia menjaringkan 1,281 gol selama lebih dua dekad kerjayanya bersama Santos (1956-74), New York Cosmos (1975-77) dan pasukan kebangsaan Brazil. – AFP

    Patung emas Pele diletakkan di pintu masuk makam mendiang bintang bola sepak Brazil Pele, di tanah perkuburan Memorial Ecumenical Necropolis di Santos, Brazil. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda