Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makam piramid purba Algeria masih diselubungi misteri

    TIARET, Algeria – Sejak berabad-abad lamanya, makam piramid Algeria adalah sesuatu peninggalan unik zaman kuno namun kekurangan penyelidikan menyebabkan ‘Jeddars’ tersebut masih diselubungi misteri.

    Sebanyak 13 monumen, dikelilingi dengan bentuk batu persegi, terlihat berada di atas bukit berhampiran bandar Tiaret, kira-kira 250 kilometer barat daya dari ibu negara Algiers.

    Dibina antara abad keempat dan ketujuh, makam-makam itu yang mana dipercayai oleh sesetangah ulama, telah dibina sebagai tempat persemadian bagi kerabat-kerabat diraja Berber, walaupun tiada siapa yang mengetahui kisah sebenar di sebaliknya.

    Tetapi pihak berkuasa dan ahli arkeologi Algeria kini berusaha untuk menjadikan ‘Jeddars’ sebagai salah sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO, dengan harapan untuk memastikan pemeliharaan dan penyelidikannya.

    Memperoleh status tersebut adalah suatu proses yang panjang dan kementerian kebudayaan mengatakan bahawa permohonan Algeria kepada badan PBB ‘akan difailkan pada suku pertama tahun 2020’.

    Seorang wanita memerhatikan salah sebuah makam piramid Jeddars, berhampiran bandar Tiaret. – AFP

    Pakar dan pelajar dari Institut Arkeologi Universiti Algiers sedang melakukan kerja-kerja penyelidikan di salah satu makam piramid Jeddars, berhampiran bandar Tiaret, kira-kira 250 kilometer dari barat daya ibu kota Algeria. – AFP
    Sejak berabad-abad lamanya, makam piramid Algeria adalah sesuatu peninggalan unik zaman kuno namun kekurangan penyelidikan menyebabkan ‘Jeddars’ tersebut masih diselubungi misteri. – AFP

    Pakar dari Pusat Kebangsaan Penyelidikan Prasejarah, Antropologi dan Sejarah mempunyai lebih dari satu tahun dalam menyediakan kes bagi ‘Jeddars’ ini.

    Matlamatnya adalah untuk “memelihara warisan ini, yang mana sungguh bernilai dan ia adalah warisan nenek moyang,” kata Mustapha Dorbane, seorang profesor di Institut Arkeologi Universiti Algiers.

    Apabila Jeddars dibina, raja-raja Berber telah memerintah kawasan itu di kawasan kecil ‘fiefdoms’ yang mana sejarahnya adalah kurang diketahui dan tidak banyak lagi kesannya dapat dijejaki.

    Ia adalah suatu tempoh pergolakan yang hebat bagi bekas wilayah Roman Numidia, ketika kerajaan barat Roma runtuh, serangan pasukan tentera Vandal dan Byzantine, dan pasukan tentera Arab menyerang seluruh Afrika Utara.

    Selama berabad-abad lamanya, monumen-monumen ini telah jauh diabaikan, dimamah oleh masa dan penjarah.

    Tapi baru-baru ini, sekumpulan 20 pelajar arkeologi bersama guru-guru mereka telah melakukan kerja-kerja penyelidikan pada monumen tersebut.

    Dengan bergerak secara perlahanlahan, mereka meneliti tempat-tempat yang sudah musnah atau rosak. Mereka menggunakan air dan berus untuk membersihkan simbol ukiran-ukiran batu sebelum mengukurnya.

    Ia adalah suatu tugas yang dilakukan secara teliti, di mana setiap kali masuk ke dalamnya, ianya boleh mengambil masa lebih dua jam.

    Ahli arkeologi Algeria, Rachid Mahouz, yang telah menghabiskan masa lima tahun dalam tesis kedoktoran mengenai makam itu, mengesali terhadap kurangnya penyelidikan khusus ter-hadap ‘keajaiban’ negara itu.

    “Arkib Perancis mengenai Jeddars adalah tidak tersedia. Objek dan tulang yang ditemui semasa era kolonial telah dibawa ke Perancis,” kata Mahouz, yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan berhampiran.

    Arkeologi tidak diajar di universiti Algeria sehingga awal tahun 1980an, dan sehingga kini, tiada keistimewaan khusus mengenai monumen pemakaman tersebut.

    Pasukan penyelidikan telah melakukan kerja-kerja mereka di Jeddar A, yang terletak di Gunung Lakhdar bersama dengan monumen B dan C.

    Jeddars yang tersisa pada masa ini berada di puncak bukit, kira-kira enam kilometer jauhnya, Gunung Arouri, dan dikenali dengan huruf D hingga M.

    Setiap daripadanya mengandungi sekurang-kurangnya satu bilik, dengan guar terbesarnya memberi laluan kepada 20 petak labirin, termasuklah ruang pemakaman.

    Sesetengah bilik dilengkapi dengan bangku, kawasan penyelidik percaya ianya mungkin digunakan untuk acara-acara penyembahan.

    Di dalam makam tersebut, adanya simbol-simbol Kristian tradisional serta adegan pemburuan dan lukisan-lukisan binatang diukir di atas pintunya.

    Jejak-jejak inskripsi dipercayai mempunyai tanda-tanda Latin di dindingnya, tetapi oleh kerana dimamah oleh masa, ianya begitu sukar untuk dibaca.

    Antara lapisan sejarah, para penyelidik mengatakan bahawa mereka juga telah menemui huruf-huruf Yunani, walaupun ada yang menentangnya.

    ‘Jeddars’ dibina beberapa abad selepas monumen pengebumian pra-Islam yang lain, yang dijumpai pada era hari ini di utara Algeria, menjadikannya antara yang terakhir dibina sebelum kedatangan Islam.

    “Ciri-ciri khusus yang ada pada Jeddars adalah tarikh pembinaannya,” kata Mahouz, ahli arkeologi.

    Monumen ini menunjukkan evolusi amalan pengebumian di kawasan itu. Dari gundukan tanah dan batu yang biasa, dikenali sebagai tumuli, sehinggalah makam berdindingkan-batu yang dikenali sebagai ‘bazinas.’

    Tetapi dengan beberapa daripadanya mempunyai ketinggian 18 meter, sesetengah penyelidik mengatakan bahawa saiz ‘Jeddars’ diletakkan di dalam kategorinya yang tersendiri.

    Deskripsi bertulis awal ‘Jeddars’ telah dibuat oleh sejarawan Ibn Rakik pada abad ke-11, menurut pemikir Arab terkenal, Ibn Khaldoun.

    Tidak sampai pertengahan abad ke-19 dan penerokaan arkeologi moden pertama di Algeria, yang dibawa oleh kolonialisme Perancis, bahawa ‘Jeddars’ mula menarik perhatian.

    Tentera Perancis dan pihak berkuasa kolonial memulakan penerokaan pada 1865 dari sembilan makam-makam tersebut.

    Pemahaman atau penyelidikan ‘Jeddars’ telah dirangsang pada akhir tahun 1960an oleh ahli arkeologi Algeria, Fatima Kadra, yang mengkaji Jeddars A, B dan C selama tiga tahun, yang tertua dari 13 itu dan satu-satunya yang akan diterokai sejak kemerdekaan Algeria.

    Tetapi beberapa strukturnya tidak dapat dimasuki, kerana graviti dan masa telah merosakkannya dan runtuh terkena makam-makam yang ada di dalamnya.

    Rampasan dan kemerosotan telah memburukkan lagi tugas-tugas yang sudah dianggap sukar bagi penyelidik moden dengan hanya adanya sedikit bantuan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda