Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makan Ceria adakan Doa Kesyukuran

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Makan Ceria Sdn Bhd, pagi tadi, telah mengadakan Majlis Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di McDonald’s Cawangan Pandu Lalu, Taman Permainan Jerudong.

    Majlis itu telah dihadiri oleh 17 orang kakitangan Makan Ceria Sdn Bhd dan McDonald’s Brunei, di mana bacaan Ratib Al-Attas telah dipimpin oleh Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar dari Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

    Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran ini diadakan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

    Majlis Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran yang diadakan di McDonald’s Cawangan Pandu Lalu, Taman Permainan Jerudong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda