BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Seramai lebih 70 orang mantan jurulatih dan warga pengambilan ke-56 ABDB bersama isteri mereka telah mengadakan Majlis Makan Malam Ambuyat bertempat di salah sebuah restoran di Kampung Sengkurong.
Acara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan dikhususkan untuk mantan jurulatih Allahyarham Haji Ramli bin Metussin yang baru sahaja kembali kerahmatullah, diteruskan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Pengerusi majlis Kapten (B) Pengiran Chuchu bin Pengiran Metahir.
Majlis diakhiri dengan Doa Kesyukuran oleh PW1 (B) Haji Nassar bin Nayan, juga mantan jurulatih pengambilan berkenaan. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang memang sudah sedia ada, bertukar-tukar fikiran dan menyertai beberapa aktiviti yang diungkayahkan.
