Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makan pisang bantah karya tak dipamer

    WARSAW, 30 April – Kira-kira 1,000 penunjuk perasaan, dengan ramai daripada mereka mengadakan bantahan memakan pisang di hadapan Muzium Negara Poland semalam berhubung keputusan mengeluarkan karya seni yang dianggap ‘tidak senonoh’ oleh pengarah muzium berkenaan.

    Karya berkenaan, video 1973 bertajuk ‘Consumer Art’ oleh artis Poland, Natalia LL dan gambar daripada video berkenaan, menunjukkan seorang wanita memakan pisang dengan gaya menggoda.

    Namun ia dikeluarkan daripada pameran pada Jumaat lalu, menurut pegawai muzium.

    Muzium berkenaan turut mengeluarkan karya oleh artis Katarzyna Kozyra menonjolkan wanita membawa dua lelaki yang digayakan seperti haiwan berjalan-jalan dan diikat dengan tali. Pengarah muzium, Jerzy Miziolek, Jumaat lalu berkata ‘topik tertentu berkaitan jantina tidak sepatutnya ditunjukkan secara jelas, menurut akhbar Gazeta Wyborcza.

    Muzium berjanji memasukkan semula karya seni itu, meskipun bantahan tetap dijalankan. – AFP

    Orang ramai membantah dengan cara memakan pisang di luar Muzium Kebangsaan Warsaw selepas pihak muzium mengeluarkan satu karya yang menunjukkan wanita makan pisang sebagai tidak senonoh. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda