Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makan sepinggan rahsia kebahagiaan Fizi Ali dan isteri

    Penyampai radio Fizi Ali berkongsi rahsia kebahagiaan rumah tangga dengan menikmati makan sepinggan bersama isteri iaitu Siti Zulaikha.

    Menurut Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, tindakan yang dilakukan itu dapat merapatkan lagi hubungan mereka selain menikmati masa berkualiti bersama, menurut laporan mStar.

    “Bila anak-anak berehat dekat bilik masing-masing, inilah masanya dapat kongsi momen sama-sama.

    “Seronok makan berebut siapa dapat dulu, siapa mengalah dulu. Tapi itulah yang merapatkan lagi hubungan,” katanya.

    Fizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam kelmarin.

    Dalam hantaran yang di muat naik, Fizi memuat naik video memaparkan momen dia dan isteri menikmati makanan mi segera bersama-sama.

    Fizi dan Zulaikha juga dilihat sempat bergurau senda sambil menyuapkan makanan pada pasangan masing-masing.

    Kata Fizi,  selama ini mereka makan di atas pinggan sama kerana ingin menjimatkan kegunaan pinggan namun kini sudah menjadi rutin kebiasaan sewaktu menjamu selera.

    “Makan berkongsi macam ini (berkongsi) mula-mula sebab nak jimat pinggan sekarang jadi kebiasaan pula,” ujarnya. – Agensi

    Makan bersama menjadi rutin harian bagi Fizi dan isteri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda