Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie kelmarin, menghoskan majlis makan tengah hari bersama wakil media tempatan di Restoran Kaizen di One Riverside.
Wakil-wakil dari media, termasuk editor dari akhbar tempatan dan Radio Televisyen Brunei, menghadiri jamuan tengah hari yang diadakan sebagai platform rangkaian bagi pesuruhjaya tinggi untuk mengeratkan hubungan dengan pengamal media tempatan. – Gambar oleh Lyna Mohammad


