Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan halal asas keberkatan hidup

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Kepentingan pengambilan makanan halal merupakan asas kepada keberkatan hidup seseorang individu dan masyarakat, ini termasuk memahami dan mengamalkan konsep halal dan Thayyib dalam diet Sunnah Rasulullah SAW.

    Perkara itu ditekankan oleh Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar dalam tazkirah subuh bertajuk ‘Penyediaan makanan halal untuk kesihatan dan kemajuan negara’ sempena Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban (SAPPHAT) ke-6 2023 yang diadakan di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, pagi tadi.

    Antara yang disentuh dalam adalah mengenai keberkatan makanan yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis seperti Habbatus Sauda, madu kurma, minyak zaitun, susu (minuman fitra), air zam-zam, buah tempatan, labu (kegemaran Rasulullah) dan halia (minuman ahli syurga) mengandungi nutrisi yang mampu memenuhi keperluan hidup manusia jika ia diamalkan secara konsisten.

    Selain itu, menurut Dr Haji Adanan lagi, bagi memastikan kebersihan dan kehalalan sesuatu makanan, maka sumber makanan tersebut sebaiknya diperolehi dari hasil tempatan.

    Pada ketika ini, terdapat keperluan yang tinggi bagi penyediaan makanan halal tempatan untuk keselamatan makanan negara dan umat Islam.

    Sehubungan itu, ia merupakan peluang yang seharusnya diambil oleh para belia bagi menjana hasil pendapatan dalam industri penyediaan makanan halal berkenaan.

    Tazkirah berkenaan merupakan acara sampingan SAPPHAT ke-6 2023 yang diungkayahkan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) bersama rakan strategik lain termasuk Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), KUPU SB dan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri.

    Tazkirah subuh disampaikan oleh Dr Haji Adanan.
    Antara jemaah yang hadir mendengarkan tazkirah subuh berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda