Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan laut tempatan dihidang di kafeteria

    SEOUL, 27 OGOS – Pejabat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata makanan laut tempatan akan dihidangkan di kafeteria dalam premis itu selama seminggu mulai esok.

    Ia sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai penurunan pengambilan makanan laut selepas Jepun melepaskan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima yang musnah.

    Bermula dengan hirisan ikan mentah dan ikan tenggiri bakar pada Isnin, pelbagai jenis makanan laut akan dihidangkan sepanjang minggu, termasuk ikan potong rebus, ‘conch salad’, ‘bibimbap’ nanas laut dan belut tumis dengan nasi, lapor agensi berita Yonhap menurut pejabat itu.

    “Ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil makanan laut tempatan yang selamat tanpa perlu bimbang,” menurut pejabat itu dalam satu kenyataan, sambil menambah makanan laut tempatan akan dihidangkan di kafeteria lebih daripada dua kali sebulan walaupun selepas minggu ini. – Bernama

    Patung ikan dengan tanda radioaktif semasa perhimpunan di Seoul bagi menentang pelepasan air radioaktif Jepun pada 24 Ogos. Korea Selatan akan mula menghidangkan makanan laut tempatan bermula hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda