Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan paling popular semasa perjalanan

    KOREA SELATAN – Semasa festival Chuseok, penduduk Korea Selatan dijangka membuat kira-kira 37 juta perjalanan ke seluruh negara untuk menziarahi keluarga, memberi penghormatan kepada nenek moyang dan meraikan perayaan menuai.

    Meluangkan waktu yang panjang di lebuh raya yang sesak mungkin memenatkan, tetapi perhentian rehat yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan hiburan boleh membantu mengatasi keletihan.

    Berikut ialah senarai beberapa sajian paling popular di perhentian rehat yang berbeza di seluruh negara itu.

    GINSENG GALBITANG (SUP TULANG LEMBU GINSENG)

    Geumsan, sebuah daerah di wilayah Chungcheong Selatan, terkenal dengan ginseng Korea.

    Ginseng galbitang. – ANN/The Korea Herald
    Hanwoo tteok deodeok steak. – ANN/The Korea Herald
    Sotteok sotteok. – ANN/The Korea Herald
    Mackerel masin bakar Andong. – ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald
    Dakgaejang. – ANN/The Korea Herald

    Mencerminkan makanan tempatan istimewa itu, kawasan perhentian rehat menawarkan pelbagai produk ginseng dan makanan serta pencuci mulut yang dimasak dengan ginseng.

    Sup yang enak dan berkhasiat tersebut mempunyai rasa yang diperkaya, menjadikannya sempurna menyegarkan pemandu yang letih.

    SOTTEOK SOTTEOK (SKEWER SOSEJ DAN RICE CAKE)

    Sotteok sotteok, perkataan Korea untuk sosej (sosiji) dan rice cake (tteok), ialah makanan jalanan Korea yang popular menggabungkan dua bahan pada pencucuk atau skewer.

    Disalut dengan sos manis dan pedas yang diperbuat daripada gochujang dan sos tomato, skewer itu boleh didapati di hampir setiap kawasan rehat.

    Perhentian Anseong menjadi sangat terkenal selepas muncul dalam pelbagai rancangan aneka popular.

    IMSIL CHEESE CHEOLPAN BIBIMBAP (BIBIMBAP GORENG KEJU IMSIL)

    Hidangan ini menambah lagi variasi baharu kepada mangkuk nasi kukus Korea yang digemari dengan sayur-sayuran segar, daging perap dan sos gochuchang pedas dihiasi dengan keju cair terkenal dari Imsil, tempat pertama pembuatan keju di Korea.

    Semangkuk bibimbap adalah sihat dan mengenyangkan, di mana ia merupakan hidangan yang sempurna semasa dalam perjalanan. Di samping itu, Bibimbap berasaskan tumbuhan juga disediakan.

    MACKEREL MASIN PANGGANG ANDONG

    Ikan mackerel masin adalah makanan istimewa tempatan Andong, wilayah Gyeongsang Utara. Menu set menampilkan ikan mackerel panggang di atas kuali dan semangkuk nasi serta sup termasuk beberapa hidangan sampingan lainnya. Ikan mackerel dimasak dalam ketuhar tanah liat, menghasilkan kerangupan yang tersendiri di luar dan lembab di dalam.

    DAKGAEJANG (SUP AYAM BEREMPAH)

    Mengidam sesuatu yang pedas? Singgah di kawasan perhentian rehat Manghyang, yang terkenal dengan dakgaejangnya.

    Sup yang enak dan berperisa dimasak untuk masa yang lama, menggunakan pelbagai herba, ayam, sayur-sayuran dan daun bay.

    HANWOO TTEOK DEODEOK STEAK (STIK DAGING DENGAN RICE CAKE DAN HERBA LANCE ASIABELL)

    Stik daging itu menggabungkan dua ramuan istimewa Daerah Hoengseong di wilayah Gangwon iaitu hanwoo dan deodeok.

    Stik daging lembu diperbuat daripada daging lembu cincang dan rice cake, ditaburi dengan deodeok yang dicincang nipis di atasnya. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda