Friday, January 24, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak

    JAKARTA, 24 JAN – Program makanan percuma Indonesia telah menjangkau 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah, menurut Presiden Prabowo Subianto, lapor Xinhua.

    “Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai enam juta kanak-kanak. Pada bulan September, kami berharap dapat menampung 15 juta kanak-kanak dan menjelang akhir 2025, matlamat kami adalah untuk semua kanak-kanak Indonesia menerima makanan berkhasiat,” kata Prabowo semasa sesi kabinet pleno di Pejabat Presiden pada Rabu.

    “Ini adalah isu strategik. Kami mengukuhkan masa depan Indonesia. Kanak-kanak Indonesia mestilah kuat, bijak, bersemangat dan mampu bersekolah dengan berkesan. Saya percaya dalam masa terdekat, kita akan melihat peningkatan prestasi akademik anak-anak kita,” tambahnya.

    Program yang bermula pada 6 Januari itu dijangka meluaskan skopnya untuk melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.  – Bernama/Xinhua

    650,000 kanak-kanak Indonesia mendapat makanan percuma setakat ini. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda