Thursday, May 15, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan serbaneka The Box

    Oleh Nurdiyanah R.

    Ingin mencari tempat bersantai bersama insan-insan tersayang dengan pelbagai juadah yang enak? Usah runsing untuk mencari di mana-mana.

    Oleh itu, segmen Makan-Makan kali ini, apa kata kita menerokai salah sebuah bangunan berasaskan kontena yang terbesar di negara ini yang memiliki pelbagai petak gerai jualan makanan dan minuman yang letaknya di Jalan Telanai.

    Dikenali dengan nama The Box, variasi pilihan cita rasa makanan yang menarik terdiri dari makanan ringan sehingga ke hidangan berat. Semuanya pastinya menawan hati para penggemar makanan jalanan (street food), lebih-lebih lagi dengan tawaran harga yang amat berpatutan.

    Variasi bebola dengan sos-sos istimewa

    Salah satu juadah ringan yang pastinya amat menyelerakan khususnya bagi para penggemar makanan laut ialah variasi pilihan bebola dari ikan, udang, ketam, dan sotong yang diolah dengan cara direbus atau digoreng dengan disaluti dengan kuah atau sup tom yam serta pelbagai pilihan sos-sos homemade istimewa seperti minyak cili pedas, sos Thailand, asam sambal, sos BBQ dan sos satay. Keenakan juadah bebola makanan laut boleh diperoleh di petak gerai Lok-Lok and Drinks dengan anggaran harga kurang $2 bagi jumlah tertentu yang ditetapkannya.

    Kelazatan isi ayam rangup

    Bagi para peminat makanan ala Barat pula bolehlah mencuba kelazatan potongan isi ayam rangup dan hirisan ubi kentang goreng dengan coleslaw atau Chicken Chop, Fries and Coleslaw yang diketengahkan oleh Plateful dengan anggaran harga di bawah $7. Lebih menyelerakan lagi isi ayam yang rangup itu dicelup dengan kesedapan aroma sos-sos istimewa sama ada Signature Sauce; Creamy Mushroom, Sweet Mayo atau sos Thailand.

    Soto Gagawi istimewa merupakan salah satu menu istimewa dari pondok Gagawi, pastinya menawan hati para penggemar hidangan cita rasa Melayu.
    Keenakan juadah bebola makanan laut dengan kuah tom yam serta sos-sos buatan sendiri istimewa di Lok-Lok and Drinks.
    Bagi para peminat makanan ala Barat pula bolehlah mencuba kelazatan potongan isi ayam rangup dan hirisan ubi kentang goreng dengan coleslaw atau Chicken Chop, Fries and Coleslaw di Plateful.

    Selain itu, syarikat berkenaan juga menjual beberapa menu-menu menarik yang lain antaranya pan mee, kolo mee dan longan cincau. Semuanya boleh dinikmati dengan harga kurang $5.

    Keenakan soto istimewa

    Sementara bagi para penggemar hidangan citarasa Melayu yang amat menyelerakan, bolehlah mencuba salah satu menu istimewa yang disediakan oleh Gagawi iaitu soto gagawi Isitmewa yang mana mengandungi gabungan hirisan daging, ayam, bakso, hati buyah, berubut dan urat. Lebih-lebih lagi dengan adanya keseimbangan rasa secukupnya dilengkapi hirisan cili padi dan sos kicap yang menambahkan lagi keenakannya.

    Nasi gagawi dan sup tulang Gagawi juga merupakan antara menu-menu menarik yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

    Semuanya mampu dibeli dengan harga berpatutan dalam anggaran $6 ke bawah mengikut pilihan jenis menu yang diinginkan.

    Terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan untuk dicuba. Oleh itu, pengalaman itu perlu dirasakan ketika bersantai untuk menikmati makan tengah hari, petang mahu pun malam di The Box bersama ahli keluarga atau sahabat handai dengan penuh kegembiraan.

    Suasana keindahan kontena yang mesra kanak-kanak diserikan dengan rekaan bangunan yang menarik serta panorama yang indah, lebih-lebih lagi dengan kelazatan variasi juadah enak ini bermula pagi sehingga malam setiap hari.

    Roti pizza

    Bahan-bahan

    Beberapa keping roti

    Sedikit air

    Sos Spaghetti atau tomato puree

    Topping secukupnya, (bawang merah, daun bawang, buah tomato)

    Keju cheddar

    Keju Mozzarella

    Cara-cara :

    Letakkan roti ke dalam loyang pembakar. Renjiskan roti dengan air supaya roti kekal lembut apabila dibakar. Sapukan sos spaghetti ke atas roti.

    Letakkan bahan-bahan topping.

    Akhir sekali parutkan keju cheddar dan mozzarella di atas pizza tadi.

    Bakar roti selama 15 hingga 20 minit pada suhu 160°C atau sehingga garing.

    Sambal daging burger

    Bahan-bahan

    4 keping burger, potong empat

    3 sudu makan sos cili

    2 sudu makan sos tomato

    1 sudu makan kicap lemak masin

    5 gram serbuk sos perang

    2 biji bawang putih, dicincang halus

    50 ml air

    1 sudu makan mentega

    ½ bawang besar, cincang halus

    Cara memasak

    Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging. Selepas itu masukkan bahan yang telah dicincang, gauk hingga sebati dan masukkan air.

    Masukkan sos cili, sos tomato, serbuk sos perang dan kicap lemak masin. Gaulkan semuanya sehingga pekat dan tutupkan api. Sedia dihidangkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/