Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan tradisi puak Melayu Kedayan terus dilestarikan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Demi melestarikan makanan tradisional dalam kalangan generasi hari ini agar tidak hilang ditelan zaman sekali gus meningkatkan sosioekonomi masyarakat kampung setempat, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B telah mengadakan aktiviti jualan hujung minggu bertempat di kawasan Pantai Siandang Jerudong, pagi tadi.

    Semasa ditemui Media Permata, Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang yang juga selaku Pengerusi MPK Jerudong B menjelaskan aktiviti jualan makanan yang diketengahkan berupa makanan tradisi puak Melayu Kedayan antaranya kelupis putih, kelupis sulang, lamban putih, lamban sulang, lapat putih, lapat sulang, kuih sumboi-sumboi serta kuih-muih yang lain.

    Manakala masakan yang dijual adalah seperti ayam masak kari, daging masak kunyit dan masak kari; dan juga kerabu.

    “Pastinya aktiviti sebegini dihasrat untuk mengetengahkan dan memperkenalkan makanan puak Melayu Kedayan kepada masyarakat luar kampung dan juga luar daerah agar ianya tidak pupus dan tetap dikenali oleh generasi masa kini.

    “Ramai pengunjung yang datang bukan hanya penduduk yang tinggal di Mukim Sengkurong tetapi juga mereka yang datang dari Daerah Tutong, Daerah Belait dan juga Daerah Temburong untuk membeli produk makanan yang dijual di sini.

    “Sambutan begitu meriah, Alhamdulillah!,” ujar beliau.

    Dalam pada itu, Awang Kamis turut berkongsi bahawa aktiviti jualan hujung minggu sedemikian dirancang akan diadakan dua kali sebulan iaitu setiap pertengahan dan hujung bulan.

    Gambar ramai Awang Kamis (lima kiri) bersama ahli MPK Jerudong B, di kawasan Pantai Siandang Jerudong, pagi kelmarin. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda