Lebaran sudah berada di pertengahan namun masih diraikan dengan penuh warna-warni dan amalan tradisi ziarah-menziarahi dalam kalangan kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai serta jiran tetangga sambil bermaaf-maafan dan mengeratkan jalinan tali persaudaraan. Begitulah indahnya bulan kemenangan yang disambut bersama bersulam kesyukuran.