Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Makhluk asing’ Area 51 cetus rasa ingin tahu orang ramai

    LAS VEGAS – Pengunjung yang mendarat di kawasan padang pasir Nevada bagi meneroka kawasan ‘Storm Area 51’ diyakini berasal dari bumi, bukan dari ruang angkasa.

    Tidak ada sesiapa tahu apa yang hendak menjangka, akan tetapi dua buah pekan kecil, Rachel dan Hiko yang terletak berdekatan dengan bekas tapak penyelidikan tentera secara rahsia itu sedang bersiap sedia bagi kemasukan orang ramai dalam tempoh beberapa hari ini.

    Kejiranan, para pegawai yang dilantik dan para penganjur berkata kegilaan itu tercetus oleh gurauan internet yang menjemput orang ramai untuk ‘melihat makhluk asing’, di mana ia mungkin menjadi penanda budaya, monumen palsu atau sebagainya.

    Kawasan Area 51 telah sekian lama menjadi tarikan khususnya tentang kehidupan luar angkasa, UFO dan teori konspirasi, namun pada minggu ini, tapak itu menjadi terkenal dengan kunjungan orang ramai sehingga mendorong pihak tentera untuk mengeluarkan amaran supaya tidak mendekati tapak tersebut.

    Beberapa orang jiran dan pegawai di pekan kecil tersebut menjadi gelisah dengan amaran berkenaan. Kawasan tersebut dipenuhi dengan pemandangan gunung yang menakjubkan dan padang pasir yang luas serta rumah kepada 50,000 orang penduduk. Pegawai rasmi di pekan tersebut telah menandatangani pengisytiharan kecemasan selepas berjuta-juta orang ingin mengunjungi kawasan tersebut pada musim panas ini.

    Area 51 telah menjadi lokasi di mana ujian pesawat dari U-2 diadakan pada tahun 1950an kepada pengebom stealth B-2 pada tahun 1980an. – AP

    George Harris, pemilik kedai cenderahati Pusat Penyelidikan Mahkluk Asing di Hiko, mengalu-alukan ledakan tersebut dan merancang untuk mengadakan program kebudayaan yang memfokuskan kepada makhluk asing. Tapak Area 51 Basecamp menjanjikan sehingga 60 buah trak makanan dan vendor, perkhidmatan sampah, tenaga elektrik dan kakitangan keselamatan serta perkhidmatan perubatan.

    West, pemilik motel, merancang acara ‘Alienstock’ di Rachel, sebuah pekan kecil yang mempunyai kira-kira 50 orang penduduk dan memerlukan dua jam pemanduan dari utara Las Vegas dan melalui jalan raya yang sepi. Dia merancang untuk mengadakan 20 persembahan muzik, perniagaan makanan dan cenderahati.

    West berkata dia terpaksa membayar balik beberapa tempahan perkhemahan selepas Matty Roberts, yang menawarkan perkhidmatan di Facebook, tidak bersependapat dengan acara itu. Roberts, 20 dari Bakersfield, California menyokong acara ‘Alienstock’ yang dijadualkan akan diadakan dalam masa yang terdekat ini di pusat bandar Las Vegas. Peguam Roberts memberitahu West untuk berhenti menggunakan perkataan ‘Alienstock’, akan tetapi dia menolak dan berkata, “Saya akan memikirkan perihal undang-undang itu kemudian.”

    Pihak tentera udara AS telah mengeluarkan amaran tegas kepada orang ramai untuk tidak mendekati tapak ujian dan latihan Nevada di mana Area 51 terletak.

    Area 51 telah menjadi lokasi di mana ujian bagi pesawat dari U-2 tahun 1950an hingga pengebom stealth B-2 pada tahun 1980an dilakukan. Pihak kerajaan AS telah menghabiskan beberapa dekad untuk tidak mendedahkan kawasan tersebut sebelum melepaskan dokumen yang mengesahkan tapak tersebut pada tahun 2013. Rahsia tapak tersebut membangkitkan spekulasi bahawa ia merupakan tapak di mana kerajaan mengkaji makhluk asing. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda