Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Maki dulu baru seronok berborak’

    Lain orang lain cara pergaulan bersama rakan-rakan, begitu juga pelakon Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang mendedahkan dia dan sahabat selebriti jika berjumpa pasti menggunakan kata kasar sebagai cara bertanya khabar.

    Tarmimi atau Ahmad Tarmimi Siregar Kamaruddin, 74, berkata, dia merasakan itulah keunikan persahabatan pelakon-pelakon veteran yang sudah lama terjalin.

    “Kami artis veteran ni kalau berjumpa rasa seronok, bila jumpa benda pertama adalah maki dulu sebab baru ada rasa keseronokan untuk berborak.

    “Tapi begitulah cara kami berbual sebab yang masih hidup pun dah tak ramai, kami tetap akrab walaupun jarang berjumpa,” katanya kepada mStar.

    Pelakon filem Abnormal Buas itu juga berkata dia sama sekali tidak pernah ambil hati dengan gurauan kasar rakan-rakan.

    Tarmimi bersama Aeril, Yatim dan Rahim antara pelakon dalam filem Abnormal Buas. – mStar

    Malah, Tarmimi memberitahu jika berborak mereka suka berjenaka tentang kisah lama untuk dijadikan modal bergelak tawa.

    “Bila bergurau kasar dengan kawan-kawan saya atau mereka memang tak ambil hati kerana itulah cara kami bergaul.

    “Sumpah seranah dulu kemudian berborak mengenai kisah silam yang buruk.

    “Kalau borak cerita positif sahaja tak seronok, jadi borak yang buruk-buruk sebab ingat momen-momen lama,” ujarnya.

    Sementara itu, Tarmimi berkata layanan kepada artis baharu agak berbeza kerana dilahirkan pada zaman berbeza.

    Namun, jika mereka sudah mengenali sikap sebenarnya, kebanyakan artis baharu akan terkejut dengan sifat ‘gila-gila’ dimilikinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda