NONTHABURI – Tinjauan yang diadakan Kementerian Kesihatan Thailand mendapati hanya 67.1 peratus penduduk memakai penutup mulut dan hidung secara berkala, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada 1-14 Oktober, membabitkan 2,670 peserta mendapati peratusan orang sihat memakai penutup mulut dan hidung menurun kepada 67.1 peratus berbanding 93.5 peratus pada awal penularan COVID-19.
Peratusan orang sakit yang memakainya juga menurun kepada 81.8 peratus.
Tabiat membasuh tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum dan selepas makan di tahap 70-86 peratus. Sementara peratusan mereka yang keluar di tengah-tengah kebimbangan COVID-19 meningkat dari 19.6 kepada 30 peratus.
Tinjauan mendapati 29.2 peratus peserta sangat prihatin terhadap COVID-19 manakala 65.6 peratus dan tidak terlalu bimbang.
Peratusan yang yakin dengan langkah-langkah kawalan penyakit Kementerian Kesihatan meningkat dari 61.8 peratus sejak wabak mula dikesan kepada 85.7 peratus setakat ini. – Bernama