Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Maklum balas ‘Jalan Rasau-Sungai Tujoh perlu diperbaiki’

    Merujuk kepada pendapat Pemandu Prihatin yang diterbitkan dalam edisi Media Permata pada 19 Mac lalu, pihak Kementerian Pembangunan mengambil serius keluhan pengguna jalan raya di Jalan Rasau yang memerlukan pembaikan.

    Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), di bawah Kementerian Pembangunan pada masa ini sedang giat memantau dan membaiki jalan berlubang secara berterusan di beberapa bahagian yang terjejas di sepanjang Jalan Rasau.

    Mengenai keadaan jalan tidak rata yang telah dikemukakan oleh Pemandu Prihatin, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan bahawa JKR pada masa ini sedang merancang untuk membaikpulih jalan di sepanjang Jalan Rasau-Sungai Tujoh secara berperingkat memandangkan terdapat peningkatan jumlah pengguna yang menggunakan laluan tersebut.

    JKR ingin meyakinkan orang ramai yang ia tetap komited dalam usaha untuk membaiki sebarang kerosakan jalan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

    Kementerian Pembangunan sangat menghargai maklum balas orang ramai dan akan terus berusaha untuk menyelesaikan setiap aduan yang telah diutarakan secepat dan sebaik-baiknya.

    Pihak Kementerian sedang giat memantau keadaan jalan raya terutama semasa cuaca hujan lebat dan pada masa yang sama memastikan kualiti kerja dikekalkan dalam sebarang kerja pembaikan yang dilakukan.

    Kementerian Pembangunan

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Perkukuh ekosistem perancangan perbandaran mampan

    Oleh Sim Y. H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV...

    Injap rosak, paip bocor punca gangguan bekalan air

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV –...

    Lubang benam terbentuk di Bayan Lepas

    GEORGE TOWN, 4 NOV - Sebuah lubang benam terbentuk...

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT –...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...