Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air sekitar RPN Mengkubau

    Oleh: Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan RPN Mengkubau, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja penyambungan paip serta pemasangan air valves di kawasan berkenaan pada 22 April bermula pukul 9 malam sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat adalah RPN Mengkubau Jalan Paya Panchor, Jalan Bukit Bintagur, Jalan Bukit Sinadur dan kawasan sekitarnya.

    Kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah terutama kawasan-kawasan tanah tinggi.

    Bagi kemudahan penduduk yang terjejas, Jabatan Kerja Raya menyediakan beberapa tangki biru di lokasi-lokasi di RPN Mengkubau iaitu Taman Riadah RPN Mengkubau, Jalan Tanjung Selasih; dekat Simpang 63, Jalan Tanjung Selasih; sejalan Simpang 63, Jalan Tanjung Selasih; Taman Simpang 19, Jalan Sungai Cerana; Taman Simpang 49, Jalan Sungai Cerana; Simpang 107, Jalan Bukit Sinadur; Simpang 85, Jalan Bukit Bintagur; Taman Permainan Kanak-Kanak dekat Simpang 60, Jalan Bukit Sinadur; depan Simpang 38, Jalan Bukit Pandayan dan seberang Simpang 113, Jalan Tanjung Kudus.

    Orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Kawasan sekitar RPN Mengkubau akan menghadapi gangguan bekalan air. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda