Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bagi penaiktarafan sistem UNN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Berikutan penaik-tarafan sistem UNN yang dijalankan pada hari ini dan esok dari 7 malam hingga 4:30 pagi, Datastream Digital Sdn Bhd (DST) memaklumkan bahawa perkhidmatan USSD, panggilan, SMS dan data pelanggan-pelanggan Easi, Mobi dan Freedom mengalami gangguan.

    DST dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menjelaskan bahawa perkhidmatan USSD tidak dapat digunakan oleh pelanggan-pelanggan Easi, Mobi dan Freedom sepanjang tempoh penaiktarafan berkenaan.

    Selama tempoh itu, pelanggan-pelanggan Easi, Mobi dan Freedom tidak dapat memeriksa baki, merecaj kredit, membeli add-on data dan perkhidmatan USSD yang lain.

    Pada 29 Jun, dari jam 2:55 pagi hingga 3:25 pagi, pelanggan-pelanggan Easi, Mobi dan Freedom tidak dapat menggunakan perkhidmatan panggilan, SMS dan data. Kenyataan menyatakan, pelanggan-pelanggan perlu menggunakan perkhidmatan berasaskan WiFi untuk terus berhubung semasa tempoh penaiktarafan sistem UNN berkenaan.

    Dalam kenyataan itu, DST memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi sepanjang tempoh itu. Pelanggan boleh menghubungi DSTCare 151 atau DM DST di media sosial untuk maklumat lanjut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda