Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara sepanjang tempoh peralihan musim tengkujuh ini.

    Dalam kenyataannya, JKR menjelaskan bahawa gangguan bekalan air berkenaan bukan disebabkan penutupan sistem bekalan air tetapi pengeluaran bekalan air bersih dari Loji Rawatan Air Bukit Barun yang sedikit terjejas disebabkan kekerapan aktiviti flushing dan pencucian loji yang sedang giat dilaksanakan bagi mengatasi perubahan yang kerap berlaku ke atas kualiti air mentah Sungai Tutong pada masa ini.

    Dalam kesempatan itu, JKR mengingatkan orang ramai untuk mengisi air bersih ke dalam bekas-bekas air dan bagi yang mempunyai tangki rumah dan penapis air persendirian dinasihatkan untuk memastikan peralatan tersebut sentiasa dalam keadaan bersih dengan melakukan rutin flushing dan backwashing.

    Sehubungan dengan itu, JKR memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 (8333123), Facebook Jabatan Kerja Raya Brunei Darussalam ataupun Instagram JKRBRUNEI untuk sebarang aduan berhubung bekalan air dengan memberikan alamat penuh bagi memudahkan pihak jabatan untuk melakukan pemeriksaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...