Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai akan berlaku kerja menaik taraf pili bomba di kawasan kilang dan Taman Perindustrian Serambangun pada 13 Ogos dari pukul 8:30 malam hingga kerja-kerja menaik taraf selesai.

    Kawasan yang terlibat, Serambangun Ready-Built Factory, Taman Perindustrian Serambangun dan kawasan sekitarnya.

    Sehubungan itu, kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah terutama bagi kawasan tanah tinggi, untuk sebarang permohonan pembekalan tangki air, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda