Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh: Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai khususnya yang menetap di kawasan Kampung Mentiri, Kampung Kapok dan sekitarnya bahawa bekalan air masih dalam proses pemulihan bagi meningkatkan paras air di tangki-tangki setelah kerja-kerja pembaikan paip yang bocor selesai pada 13 September lalu dan ianya memerlukan lebih masa untuk pulih sepenuhnya.

    Oleh yang demikian, bagi orang ramai di kawasan-kawasan terjejas boleh mendapatkan bekalan air melalui tangki-tangki biru yang disediakan di kawasan-kawasan yang ditetapkan buat sementara waktu.

    Antara lokasi tangki biru yang disediakan ialah di kawasan RPN Mangkubau meliputi Taman Riadah RPN Mangkubau, Jalan Tanjung Selasih; Taman Riadah RPN Mangkubau, berhampiran Simpang 186; Taman Permainan Kanak-kanak, berdekatan Simpang 197; Berdekatan Simpang 63, Jalan Tanjung Selasih; Simpang 19, Jalan Sungai Cerana; Simpang 107, Jalan Bukit Sinadur; Simpang 85, Jalan Bukit Bintagur; dan Taman Permainan Kanak-kanak, berdekatan Simpang 60, Jalan Bukit Sinadur.

    Tangki biru juga disediakan di kawasan depan Simpang 38, Jalan Bukit Pandayan; Taman Simpang 23-15, Jalan Tanjung Kudus; Taman Simpang 55-10, Jalan Tanjung Kudus; dan Taman Simpang 49, Jalan Sungai Cerana.

    Turut diletakkan di sekitar Kampung Kapok iaitu Masjid Kampung Kapok; Simpang 327; dan Simpang 278, Stesen Elektrik.

    Sehubungan itu, segala kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh orang ramai adalah sangat dikesali dan JKR ingin memberi jaminan bahawa pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang terjejas.

    Gambar Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda