Tuesday, October 8, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai mengenai gangguan bekalan air / tekanan air rendah yang berlaku di kawasan Mukim Bangar, Mukim Batu Apoi dan Mukim Labu pada masa ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, menyatakan bahawa gangguan bekalan air dan tekanan air rendah itu adalah disebabkan oleh kualiti air mentah yang kurang konsisten di Stesen Pam Air Mentah Batang Duri dan seterusnya menjejaskan penghasilan air bersih ke kawasan-kawasan berkenaan.

    Pada masa ini, pihak jabatan telah pun menyediakan beberapa tangki biru di Masjid Labu Estet dan Masjid Batu Apoi bagi kemudahan penduduk-penduduk yang terjejas. Pihak JKR akan terus berusaha untuk mengembalikan bekalan air seperti sedia ada dalam masa yang terdekat.

    Dalam hubungan itu, kesabaran dan kefahaman orang ramai adalah sangat dihargai.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda